[PS4] MSL2020 PATCH



Seperti biasa, patch bagi platfom PS4 didatangi dalam bentuk Option File yang mana mengandungi file .ted (database) dan gambar-gambar yang perlu anda import dalam game. Dengan menggunakan features dalam PES2020 itu sendiri, anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah untuk  import segala data bagi Liga dan Kelab-kelab yang diberikan. Anda boleh lihat kandungan-kandungan yang kami berikan bagi patch Esklusif MSL2020 dari kami di bawah.

KELAB LIGA SUPER DAN LIGA PERDANA
Kami telah menggantikan PAS League (Nama sebenar dalam game PES2020) kepada Liga Super Malaysia dan juga kelab-kelab tiruan (Fake Club) dalam liga ini kepada kelab dari Liga Super Malaysia dan Liga Perdana (12 MSL + 8 MPL).


Nama pemain juga telah diubah bagi menggantikan kepada nama pemain sebenar kelab Liga Super Malaysia. Stats pemain juga telah dibuat berdasarkan pandangan kami dan juga pengguna-pengguna patch kami yang lepas. Senarai pemain bagi setiap kelab adalah merujuk kepada musim terbaru. Sehingga hari ini, senarai pemain bagi patch ini adalah merujuk kepada senarai bagi musim 2019. Ianya akan dikemaskini bagi musim 2020 setelah pintu perpindahan pemain ditutup dan Liga sebenar bermula. Anda akan mendapat kemaskini ini secara percuma!


JERSI KELAB
Setiap kelab mempunyai jersi kelab yang sebenar. Ia dibuat sendiri oleh pihak kami dengan merujuk kepada jersi yang sebenar. Sesetengah kelab mempunyai sehingga empat jersi manakala ada yang hanya mempunyai hanya dua jersi.



STADIUM KELAB
Dalam platform PS4, anda hanya boleh import gambar stadium sahaja. Kami telah sediakan kesemua gambar stadium bagi setiap kelab. Anda tidak perlu untuk import sendiri kerana ianya akan diimport secara automatik ketika proses installation patch ini nanti.


PENGURUS PASUKAN
Nama pengurus setiap kelab telah diubah mengikut nama yang sebenar. Kami juga akan mengemaskini pengurus mengikut perpindahan semasa bagi musim 2019 dan 2020. Selain itu, kami juga sediakan gambar potrait pengurus itu sendiri bagi setiap kelab. Anda boleh lihat gambar-gambar pengurus ini di dalam mode EDIT!



PENAJA RASMI
Dalam PES2020, antara pembaharuan yang diberi adalah kemudahan untuk import gambar penaja rasmi kelab. 3 slot diberikan bagi setiap pasukan. Apa guna gambar penaja ini? Ya, anda akan dapat lihat gambar penaja ini ketika anda bermain mode Master League. Gambar-gambar penaja ini akan berada di belakang pentas ketika sesi wawancara. Ianya memberi feeling yang lebih real! Dan kami telah sediakan ketiga-tiga gambar penaja ini bagi setiap kelab Liga Super Malaysia.


WAJAH PEMAIN
Wajah pemain adalah penting bagi memberi impak yang lebih realistik. Malangnya, anda tidak akan boleh memasukkan mods wajah sebenar (real face) bagi platform PS4. Anda hanya mampu untuk mengubah wajah-wajah pemain melalui EDIT mode sahaja. Kami telah mengubah seberapa yang boleh agar ianya mirip dengan wajah sebenar dengan menggunakan kemudahan-kemudahan yang diberikan dalam game ini sendiri.



LIGA-LIGA LAIN
Bagi liga-liga lain, kami juga sediakan data bagi menukar nama kelab, nama liga, logo pasukan dan jersi pasukan yang sebenar. Anda tidak lagi akan melihat nama-nama pasukan yang pelik kerana ianya akan ditukar kepada nama yang betul. Selain itu, anda juga akan dapat lihat liga Bundesliga yang akan menggantikan PEU League. Kami telah sediakan lengkap 18 pasukan bagi liga tersebut berserta logo kelab, nama kelab dan jersi yang sebenar!


 Jika anda berminat dengan kandungan patch kami, sila klik di bawah untuk mula melanggan sekarang.

https://msl4pes.blogspot.com/p/msl-patch.html

Share:

PES2019 | PS4 | WEHK Option File (v0.1.1, updated on 8 Sep)



Features
* 42 competition logos
* All club emblems
* Kits for ALL NATIONAL TEAMS in game
* Kits for English Premier Division, Championship (updated in v0.1.1), Juventus and La Liga
* Banner, manager photo, stadium settings and shirt-name fix for Kitchee SC (AFC Champions League club)
* Home ground name of English Premier Division, Championship, Juventus and La Liga teams
* Manager names of China PR, Japan, Korea DPR and Korea Republic

Kits
The export data has used kits from the following makers:

* 4N63L_77 [https://twitter.com/4N63L_77]
* Albiore [https://twitter.com/NikoAlbiore]
* Angeltorero [https://twitter.com/angeltorero2] ^
* CDKitMaker [http://www.pesgaming.com/showthread.php?t=103670]
* ggdaris [https://www.pesgaming.com]
* Hawke [https://www.evo-web.co.uk]
* jason_y [https://www.facebook/com/pesjasony]
* Lucas RK [https://www.facebook.com/KitmakerLucasRK/]
* Victor Jara [https://twitter.com/vjarap]
* QFABIVSMAXIMO [https://twitter.com/QFABIVSMAX_Kits]

^ Inlcuding PES2017-converted kits from the following kit makers:
^ * klashman [https://twitter.com/klashman69]
^ * NemanjaBRE [https://twitter.com/PESKitmaker]
^ * [MENTION=45671]Fer[/MENTION]choPuyol (PES NOS UNE) [https://twitter.com/FerchoPuyol]
^ * Txak [https://txak-pes.blogspot.com.es]

Special thanks to the PES Kit Creator from PES Master [http://www.pesmaster.com/pes-2018/kit-creator/].

WEHK Team
kelvinchan327
jason_y
Mushroom
SiuMing
... and some other

http://msl4pes.forumms.net/t2130-ps4-wehk-option-file-v0-1-1-updated-on-8-sep
Share:

PES2019 | PC | PTE Patch 2019 v1.0 + v1.1



Features:
Version 1.0
- Premier League 2018/2019 Licensed
- LaLiga Santander 2018/2019 Licensed
- Juventus Licensed
- Kits for all unlicensed national teams
- New tattoos, including: Isco, Milinković-Savić, Mertens, Messi
- New balls, including: Merlin EPL, Merlin LaLiga & Merlin Serie A
- New adboards, including: UEFA Champions League & UEFA Europa League
- Real manager names for all teams
- Correct names & logos for all competitions and cups
- Latest Live Update implemented
Version1.1
- Added Newcastle away & Uruguay kits
- Juventus kit font settings fixed
- Sleeve badges added for Premier League, LaLiga Santander & Serie A TIM
- Latest Live Update implemented
- Compatible with the latest KONAMI Patch (1.1.2.0) & Data Pack

Credits:
Hwake (balls, referee kits), Zlac (Kit Studio), PES Logos (Logos), Sho9_6 (tattoo's), shawminator (CGP), majuh (adboards), predator002 (UCL/UEL Menu songs), maritimo,ïl Depo

 http://msl4pes.forumms.net/t2146-pc-pte-patch-2019-v1-0-v1-1
Share:

Langganan Patch MSL2019

MSL EXCLUSIVE PATCH
MSL2019 Patch kini sudah sedia untuk di tempah. Patch ini boleh di dapati untuk platform PS4 dan PC. Patch ini mengandungi kelab-kelab Liga Super Malaysia dan Liga Perdana Malaysia (musim 2018).
Kelab-kelab ini lengkap berserta nama pemain sebenar, jersi, logo dan info-info lain seperti nama stadium dan pengurus.
Walaubagaimana pun, patch ini tiada "real face" bagi pemain-pemain Malaysia. Ini kerana bagi PS4 kami tidak dapat mengubah file-file face nya disebabkan sistem PS4 itu sendiri. Wajah pemain hanya di 'edit' dalam game agar wajahnya hampir sama.
Jika anda berminat untuk mendapatkan patch ini, sila ke pautan ini untuk melihat lanjut tentang patch ini.





Share:

Kandungan Kemaskini MSL2017 The New Season



Version 1.3:
* Fix ACL structure
* Update Bayern Munich player face
* Update Shoppe FA Cup logo
* Update stadium assignment
* Update ball pack and assignment
* Update player stats

Version 1.2:
* Fix infinite loading/stadium pack

Version 1.1:
* Fix save file error
* Fix stadium pack
* New real face added
* New miniface added

Version 1.0:
* Compatible with latest PES2017 1.04 & DLC3.00
* Merged with latest and last Livedata from PES2018
* New League: Bundesliga, Malaysia Super League
* Updated ACL teams lineup for 2018 season (Imported from PES2018)
* Added National team Asia: Malaysia, Singapore, Indonesia, Vietnam and etc
* Added Malaysia Classic + kits + real face
* Latest player transfer Season 2018 + MSL (June 2018)
* New kits for season 2018 (MSL, EPL, La Liga, Serie A, Bundesliga and etc)
* World Cup 2018 Kits
* Real coach name for most of the clubs
* Updated player boots & gloove packs
* Updated adboards for most clubs
* Real player face + Malaysian players (Over 400+ players)
* Added Chants: Malaysia, Johor, Kelantan, Kedah, Selangor, Pahang, Melaka, Penang, Terengganu and others club
* Team Callnames for all MSL & MPL teams (Credit to predator002)
* Option to turn off Barcelona legend player in ML
* Autoswitch scoreboard based on League
* Autoswitch referee kit based on League
* Stadium Choreo for selected club
* Smoke bomb effecet in stadium for selected club and stadium
* Corner flag mod for selected club

Anda masih belum ada patch ini? Berminat? Boleh tempah sekarang melalui:
Facebook atau Instagram






Share:

Jersi Perlis 2018

Tiga jersi telah disiapkan untuk patch MSL2018 dan MSL2017 The New Season. Untuk menggunakannya anda boleh mula menempah sekarang. Rujuk disini.



Share:

Info Patch MSL Tahun 2018


Seperti sedia maklum, pihak admin akan mengeluarkan tiga patch pada tahun 2018 ini. Patch-patch tersebut adalah seperti berikut:

Platform PC
1. MSL2018 (Bagi PES2018) - Jangkaan hujung bulan Januari 2018
2. MSL2017 The New Season (Bagi PES2017 - Jangkaan pertengahan bulan Februari 2018

Platform PS4

1. MSL2018 (Bagi PES2018) - Jangkaan pada bulan March 2018

Admin akan mengutamakan patch MSL2018 (PC) yang mana akan dikeluarkan awal dari patch-patch lain. Kemungkinan patch versi permulaan tidak akan mendapat kesemua jersi kelab terbaru disebabkan masih ada kelab-kelab yang belum umumkan jersi baru mereka. Walaubagaimanapun, anda masih akan mendapat jersi terbaru dalam kemaskini akan datang secara percuma.

Bagi MSL2017 The New Season dan MSL2018 (PS4), patch akan dikeluarkan selepas kesemua jersi kelab diumukan secara rasmi.

Kandungan patch bagi setiap patch di atas akan dinyatakan dalam masa terdekat nanti.

Kadar bayaran/sumbangan dan jenis patch ini masih sama seperti tahun-tahun lepas. Sila rujuk di bawah:

PC | MSL2018
Digital/Download - RM30
DVD - RM40 ( Termasuk Kos Pengeposan)

PC | MSL2017 The New Season

Digital/Download - RM30
DVD - RM40 (Termasuk Kos Pengeposan)

PS4 | MSL2018
Digital/Download - RM30

Walaubagaimanapun, bagi pengguna sedia ada anda hanya perlu membayar/menyumbang dengan kadar seperti di bawah:
1. Pengguna MSL2018 Beta Version - Percuma untuk versi terbaru
2. Pengguna MSL2017 - Tambahan RM10 untuk mendapatkan versi (digital/download sahaja) terbaru
(Mengikut rekod nama yang telah didaftarkan)

Untuk info, patch MSL2017 The New Version akan menggunakan file terbaru dan di susun semula. Jadi ianya akan dikeluarkan secara AIO (All In One) bukan sebagai kemaskini/update untuk versi lama.

Tempahan akan dibuka secara berperingkat. Admin akan umumkan bila ianya dibuka. Bagi patch MSL2018 (PC) ianya sudah dibuka dan anda boleh mula menempah sekarang. Tempahan awal seeloknya dilakukan jika anda inginkan patch jenis DVD. Ia akan memudahkan admin untuk menyediakan stok untuk penghantaran nanti.

Tempahan boleh dilakukan melalui Whatapps 016-2407730. Butiran akan diberikan melalui whatapps.

Terima Kasih,
RaZoR
Share:

Jersi Kelantan (Limited Edition)

Tekstur jersi ini hanya boleh digunakan untuk PES2018 sahaja. Untuk download sila tekan kanan dan klik "save as".


Untuk menggunakan jersi ini, korang boleh menggunakan fungsi "import image" dalam PES2018 di bahagian EDIT.

Share:

Ikuti Kami di FB

Beli PES2020 Original

Jumlah Pelawat

Ikuti Kami di Facebook
Powered by: MSL4PES