[PS4] MSL2020 PATCH



Seperti biasa, patch bagi platfom PS4 didatangi dalam bentuk Option File yang mana mengandungi file .ted (database) dan gambar-gambar yang perlu anda import dalam game. Dengan menggunakan features dalam PES2020 itu sendiri, anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah untuk  import segala data bagi Liga dan Kelab-kelab yang diberikan. Anda boleh lihat kandungan-kandungan yang kami berikan bagi patch Esklusif MSL2020 dari kami di bawah.

KELAB LIGA SUPER DAN LIGA PERDANA
Kami telah menggantikan PAS League (Nama sebenar dalam game PES2020) kepada Liga Super Malaysia dan juga kelab-kelab tiruan (Fake Club) dalam liga ini kepada kelab dari Liga Super Malaysia dan Liga Perdana (12 MSL + 8 MPL).


Nama pemain juga telah diubah bagi menggantikan kepada nama pemain sebenar kelab Liga Super Malaysia. Stats pemain juga telah dibuat berdasarkan pandangan kami dan juga pengguna-pengguna patch kami yang lepas. Senarai pemain bagi setiap kelab adalah merujuk kepada musim terbaru. Sehingga hari ini, senarai pemain bagi patch ini adalah merujuk kepada senarai bagi musim 2019. Ianya akan dikemaskini bagi musim 2020 setelah pintu perpindahan pemain ditutup dan Liga sebenar bermula. Anda akan mendapat kemaskini ini secara percuma!


JERSI KELAB
Setiap kelab mempunyai jersi kelab yang sebenar. Ia dibuat sendiri oleh pihak kami dengan merujuk kepada jersi yang sebenar. Sesetengah kelab mempunyai sehingga empat jersi manakala ada yang hanya mempunyai hanya dua jersi.



STADIUM KELAB
Dalam platform PS4, anda hanya boleh import gambar stadium sahaja. Kami telah sediakan kesemua gambar stadium bagi setiap kelab. Anda tidak perlu untuk import sendiri kerana ianya akan diimport secara automatik ketika proses installation patch ini nanti.


PENGURUS PASUKAN
Nama pengurus setiap kelab telah diubah mengikut nama yang sebenar. Kami juga akan mengemaskini pengurus mengikut perpindahan semasa bagi musim 2019 dan 2020. Selain itu, kami juga sediakan gambar potrait pengurus itu sendiri bagi setiap kelab. Anda boleh lihat gambar-gambar pengurus ini di dalam mode EDIT!



PENAJA RASMI
Dalam PES2020, antara pembaharuan yang diberi adalah kemudahan untuk import gambar penaja rasmi kelab. 3 slot diberikan bagi setiap pasukan. Apa guna gambar penaja ini? Ya, anda akan dapat lihat gambar penaja ini ketika anda bermain mode Master League. Gambar-gambar penaja ini akan berada di belakang pentas ketika sesi wawancara. Ianya memberi feeling yang lebih real! Dan kami telah sediakan ketiga-tiga gambar penaja ini bagi setiap kelab Liga Super Malaysia.


WAJAH PEMAIN
Wajah pemain adalah penting bagi memberi impak yang lebih realistik. Malangnya, anda tidak akan boleh memasukkan mods wajah sebenar (real face) bagi platform PS4. Anda hanya mampu untuk mengubah wajah-wajah pemain melalui EDIT mode sahaja. Kami telah mengubah seberapa yang boleh agar ianya mirip dengan wajah sebenar dengan menggunakan kemudahan-kemudahan yang diberikan dalam game ini sendiri.



LIGA-LIGA LAIN
Bagi liga-liga lain, kami juga sediakan data bagi menukar nama kelab, nama liga, logo pasukan dan jersi pasukan yang sebenar. Anda tidak lagi akan melihat nama-nama pasukan yang pelik kerana ianya akan ditukar kepada nama yang betul. Selain itu, anda juga akan dapat lihat liga Bundesliga yang akan menggantikan PEU League. Kami telah sediakan lengkap 18 pasukan bagi liga tersebut berserta logo kelab, nama kelab dan jersi yang sebenar!


 Jika anda berminat dengan kandungan patch kami, sila klik di bawah untuk mula melanggan sekarang.

https://msl4pes.blogspot.com/p/msl-patch.html

Share:

Ikuti Kami di FB

Beli PES2020 Original

Jumlah Pelawat

Ikuti Kami di Facebook
Powered by: MSL4PES