Wajah Pemain Sebenar Pertama untuk MSL2018

Nampaknya pembuatan wajah sebenar pemain dalam PES2018 kali ini agak mencabar. Konami telah mengemaskini struktur file yang membuat ramai pembuat wajah pemain pening kepala. Format file telah diubah dan tidak lagi boleh di import ke perisian Blender secara terus. Selain itu juga gambar tekstur pemain juga ditambah dengan "Alpha" channel.

Walaubagaimanapun, masih ada lagi harapan untuk wajah sebenar pemain ini. Namun prosesnya agak rumit dan panjang. Ianya menggunakan beberapa perisian yang berlainan.

Percubaan pertama Admin membuat wajah pertama akhirnya berjaya setelah hampir 2 jam. Ianya tidaklah sukar namun jika membuat sedikit kesilapan anda perlu mulakan dari awal.


Wajah pertama yang dibuat oleh Admin adalah pemain muda Malaysia iaitu Adam Nor Azlin. Walaupun ianya bukanlah seratus peratus sama seperti sebenar tapi ia masih mirip yang sebenar. Ia petanda kita masih boleh membuat wajah pemain untuk PES2018 ini. 


Percubaan seterusnya akan dilakukan pada masa hadapan. Di harapkan banyak lagi wajah pemain yang berjaya Admin hasilkan nanti.

Sedikit perkara yang anda perlu tahu tentang pembuatan wajah pemain untuk PES2018:
1. Proses melibatkan penggunaan beberapa perisian seperti Blender, 3Dmax, Photoshop dan lain-lain.
2. Kedudukan mata dan mulut tidak dapat diubah buat masa sekarang
3. Pembuatan adalah menggunakan wajah yang sedia ada
4. Tekstur perlu di simpan bersama Alpha channel
5. Perubahan model yang ketara boleh mengakibatkan game crash
Share:

Ikuti Kami di FB

Beli PES2020 Original

Jumlah Pelawat

Ikuti Kami di Facebook
Powered by: MSL4PES