PES2018 kini di Pasaran!

Bagi peminat sejati Pro Evolution Soccer,  PES2018 kini sudah berada di pasaran! Ianya telah di keluarkan secara rasmi pada 14 September yang lalu.


Pembaikan demi pembaikan telah dilakukan oleh Konami. Edisi kali ini sememangnya sangat menarik dan berbeza dari edisi sebelumnya. Kalau dulu PC platform di "anak tirikan" tapi kali ini graphic telah di naik taraf setara dengan platform PS4.

Anda akan melihat begitu banyak pembaharuan dari segi graphic dan gameplay itu sendiri. Pergerakan pemain lebih dinamik dan ''fluid" ditambah pula scene replay yang seakan-akan betul dan pergerakan jurukamera dan pengadil yang lebih kemas!

Anda perlu mencuba untuk mengalami pengalaman baru ini!

Walaubagaimanpun bagi digital version PC, masih tidak di keluarkan oleh Steam di Malaysia.


Kemungkinan, Steam akan mengeluarkannya dalam masa terdekat seperti PES2017 tahun lepas di mana dikeluarkan lebih kurang sebulan selepas keluaran rasmi oleh Konami.

Tapi anda masih boleh mencuba Demo version. Gunakan link  ini bagi membolehkan anda menggunakan Demo tersebut.

Jika anda mencari PES2018 dengan harga yang berpatutan, boleh cari disini. Sebelum itu pastikan PES2018 sudah berada di Store Steam bagi membolehkan anda membuat pengaktifan dan memuat turun game berkenaan :)



Share:

Ikuti Kami di FB

Beli PES2020 Original

Jumlah Pelawat

Ikuti Kami di Facebook
Powered by: MSL4PES