Showing posts with label Pes2018. Show all posts
Showing posts with label Pes2018. Show all posts

Mengurangkan kelembapan PES2018

Sememangnya PES2018 memerlukan PC/Laptop yang berspesifikasi tinggi bagi menyokong grafik yang cantik dalam permainannya. Jika anda belum mengetahui spesifikasi yang diperlukan, sila lihat disini.

Ya, untuk mendapatkan spesifikasi yang tinggi anda perlu mengeluarkan wang untuk menaiktaraf komponen PC anda. Jadi, jika anda tidak berkemampuan dan masih ingin bermain permainan PES2018 ini dengan kelembapan yang minima, anda boleh cuba lihat di laman web ini

https://delchocweb.com/fix-lag-for-pes-2018-best-solutions/

Kami tidak pernah mencuba cara disarankan oleh laman web tersebut. Tetapi jika anda mahu, anda boleh mencuba dan boleh memberitahu kami perbezaannya. Selain itu anda juga boleh mengubah specifikasi graphic dalam PES2018 kepada yang paling rendah.

Jika anda masih tidah berpuas hati, tandanya sudah masanya anda menaiktaraf PC/Laptop anda :)
Share:

PC | MSL2018 Beta 2 Version

 

Kemaskini terkini telah dikeluarkan pada hari ini. Tiada tambahan yang banyak di lakukan pada kemaskini kali ini. Ianya hanya memperbetulkan beberapa kesilapan yang ada di versi BETA 1 sebelum ini.

Antara Kandungan Kemaskini BETA 3 seperti berikut:
* Pembetulan boot yang hilang bagi sesetengah pemain Malaysia
* Penambahan "edited face in game" bagi sesetengah pemain Malaysia

Untuk senarai penuh kandungan patch ini dan cara untuk mendapatkannya, anda boleh lihat di sini.
Share:

PC | MSL2018 Beta 1 Version


Oleh kerana ramai yg bertanya pasal patch MSL2018, sukacitanya admin ingin memaklumkan yg admin akan release MSL2018 Patch BETA version pada minggu ini.

Apa itu BETA version? Kenape BETA version?
Ikot admin la kan nk letak nama ape pun..selalu org letak BETA admin pun nak letak BETA juga.hehe..
Sebenarnya version ni adalah version permulaan utk patch MSL2018. Ianya patch dlm peringkat percubaan. Apa2 yang admin tgh buat dan update korng akan dapat. Jadi kemungkinan update akan dibuat setiap minggu atau siap kali admin update. Ianya boleh di mainkan cuma belum siap sepunuhnya.

Buat masa skrng BETA version mengandungi 24 pasukan dari Liga Super dan Perdana 2017 termasuk nama pemain, logo pasukan dan jersi yang sebenar. Liga2 lain juga sudah dikemaskini logo, nama pasukan dan jersi sebenar mereka. Rupa pemain masih belum lg dapat dibuat lagi. Jadi rupa pemain dlm BETA version masih menggunakan default face. Sebarang penambahan akan dibuat dari masa ke semasa.

Jika anda ingin merasai menggunakan team liga Malaysia pilihan anda dalam PES2018, and boleh menempah dari admin bermula hari RABU ini. BETA version hanya tersedia dlm bentuk DIGITAL sahaja buat masa skrng sehingga admin release version 1. Anda juga boleh menunggu version 1 cuma dengan BETA version anda akan dapat guna patch ini lebih awal lg. BETA version boleh mula di download hari SABTU (4 November 2017) ini bagi yang sudah menempah.

Kandungan Patch MSL2018 BETA 1:
* Patch sesuai untuk PES2018 1.02 dan DLC1.00
* Kemaskini logo kelab, nama pasukan dan nama pemain yang sebenar
* Kemaskini jersi kelab sebenar dan jersi pasukan kebangsaan
* Kemaskini logo liga dan nama liga sebenar
* Penambahan kelab liga Bundesliga beserta pemain dan jersi sebenar (Belum sepenuhnya)
* Penambahan kelab Liga Super Malaysia dan Liga Perdana beserta pemain dan jersi sebenar
* Penambahan pasukan kebangsaan Malaysia serta pasukan Asia yang lain
* Penambahan papan iklan
* Penambahan gambar kecil pemain
* Kemaskini pek glove
* Kemaskini jersi pengadil
* Penambahbaikan grafik dalam stadium

Untuk senarai penuh kandungan patch ini dan cara untuk mendapatkannya, anda boleh lihat di sini.
Share:

PES2018 kini di Pasaran!

Bagi peminat sejati Pro Evolution Soccer,  PES2018 kini sudah berada di pasaran! Ianya telah di keluarkan secara rasmi pada 14 September yang lalu.


Pembaikan demi pembaikan telah dilakukan oleh Konami. Edisi kali ini sememangnya sangat menarik dan berbeza dari edisi sebelumnya. Kalau dulu PC platform di "anak tirikan" tapi kali ini graphic telah di naik taraf setara dengan platform PS4.

Anda akan melihat begitu banyak pembaharuan dari segi graphic dan gameplay itu sendiri. Pergerakan pemain lebih dinamik dan ''fluid" ditambah pula scene replay yang seakan-akan betul dan pergerakan jurukamera dan pengadil yang lebih kemas!

Anda perlu mencuba untuk mengalami pengalaman baru ini!

Walaubagaimanpun bagi digital version PC, masih tidak di keluarkan oleh Steam di Malaysia.


Kemungkinan, Steam akan mengeluarkannya dalam masa terdekat seperti PES2017 tahun lepas di mana dikeluarkan lebih kurang sebulan selepas keluaran rasmi oleh Konami.

Tapi anda masih boleh mencuba Demo version. Gunakan link  ini bagi membolehkan anda menggunakan Demo tersebut.

Jika anda mencari PES2018 dengan harga yang berpatutan, boleh cari disini. Sebelum itu pastikan PES2018 sudah berada di Store Steam bagi membolehkan anda membuat pengaktifan dan memuat turun game berkenaan :)



Share:

Specifikasi PC untuk PES2018

Konami telah mengeluarkan specifikasi PC yang diperlukan untuk memboleh anda bermain PES2018 melalui twitter mereka semalam! Boleh lihat gambar dibawah.


Minimum spesifikasi yang diperlukan agak tinggi. 8gb ram adalah wajib untuk bermain PES2018! :) Lagi menarik edisi kali ini menyokong monitor 4K yang mana akan memberi kelebihan graphic yang lebih cantik. Anda juga perlukan sekurang kurangnya 30gb ruang kosong hard disk.

Nampaknya kita boleh agak bagaimana graphic dan gameplay PES2018 ni nanti.

Jika PC anda tidak menepati spesifikasi ini, tibalah masa anda untuk menaiktaraf PC anda. Tidak rugi kerana game-game masa kini memang memerlukan specifikasi yang tinggi. Ayuh! Marilah kita menabung dari sekarang :)
Share:

PS4 | PES2018 Beta


Ya PES2018 Beta version sudah tersedia di platform PS4. Ianya sudah dikeluarkan sudah hampir seminggu dan akan tamat pada 31 July ini. Ribuan pengguna sudah merasai pengalaman bermain PES2018 ini. Anda boleh melayari Youtube untuk mencari video-video yang dikongsi oleh ramai peminat PES2018!

Konami menyediakan dua mode permainan iaitu Quick Match dan Co-op mode. Kedua-duanya perlu di mainkan secara online.  Anda hanya perlukan PSN account (PS Plus tidak diperlukan) untuk mula bermain.

Jadi apa tunggu lagi? Pergi ke PS Store sekarang dan download beta version ini sebelum ianya tamat. Rasainya sendiri perbezaan dalam PES2018 ini :)
Share:

Ikuti Kami di FB

Beli PES2020 Original

Jumlah Pelawat

Ikuti Kami di Facebook
Powered by: MSL4PES