PC | MSL2018 Beta 1 Version


Oleh kerana ramai yg bertanya pasal patch MSL2018, sukacitanya admin ingin memaklumkan yg admin akan release MSL2018 Patch BETA version pada minggu ini.

Apa itu BETA version? Kenape BETA version?
Ikot admin la kan nk letak nama ape pun..selalu org letak BETA admin pun nak letak BETA juga.hehe..
Sebenarnya version ni adalah version permulaan utk patch MSL2018. Ianya patch dlm peringkat percubaan. Apa2 yang admin tgh buat dan update korng akan dapat. Jadi kemungkinan update akan dibuat setiap minggu atau siap kali admin update. Ianya boleh di mainkan cuma belum siap sepunuhnya.

Buat masa skrng BETA version mengandungi 24 pasukan dari Liga Super dan Perdana 2017 termasuk nama pemain, logo pasukan dan jersi yang sebenar. Liga2 lain juga sudah dikemaskini logo, nama pasukan dan jersi sebenar mereka. Rupa pemain masih belum lg dapat dibuat lagi. Jadi rupa pemain dlm BETA version masih menggunakan default face. Sebarang penambahan akan dibuat dari masa ke semasa.

Jika anda ingin merasai menggunakan team liga Malaysia pilihan anda dalam PES2018, and boleh menempah dari admin bermula hari RABU ini. BETA version hanya tersedia dlm bentuk DIGITAL sahaja buat masa skrng sehingga admin release version 1. Anda juga boleh menunggu version 1 cuma dengan BETA version anda akan dapat guna patch ini lebih awal lg. BETA version boleh mula di download hari SABTU (4 November 2017) ini bagi yang sudah menempah.

Kandungan Patch MSL2018 BETA 1:
* Patch sesuai untuk PES2018 1.02 dan DLC1.00
* Kemaskini logo kelab, nama pasukan dan nama pemain yang sebenar
* Kemaskini jersi kelab sebenar dan jersi pasukan kebangsaan
* Kemaskini logo liga dan nama liga sebenar
* Penambahan kelab liga Bundesliga beserta pemain dan jersi sebenar (Belum sepenuhnya)
* Penambahan kelab Liga Super Malaysia dan Liga Perdana beserta pemain dan jersi sebenar
* Penambahan pasukan kebangsaan Malaysia serta pasukan Asia yang lain
* Penambahan papan iklan
* Penambahan gambar kecil pemain
* Kemaskini pek glove
* Kemaskini jersi pengadil
* Penambahbaikan grafik dalam stadium

Untuk senarai penuh kandungan patch ini dan cara untuk mendapatkannya, anda boleh lihat di sini.
Share:

Ikuti Kami di FB

Beli PES2020 Original

Jumlah Pelawat

Ikuti Kami di Facebook
Powered by: MSL4PES