Showing posts with label msl2018 patch by razor. Show all posts
Showing posts with label msl2018 patch by razor. Show all posts

La'Vere Corbin-Ong dan Matthew Davies dalam MSL2018



Lagi dua wajah pemain yang telah dibuat oleh Admin untuk MSL2018. Pemain import baru Johor D.T iaitu La'Vere Corbin-Ong dan pemain Pahang iaitu Matthew Davies. Kedua-dua pemain ini dibuat berdasarkan model pemain yang sedia ada di dalam PES2018 itu sendiri.


Gambar yang jelas yang dijumpai hasil carian di Google membolehkan Admin membuat wajah pemain-pemain ini dengan agak mudah. Dalam membuat wajah pemain untuk PES ini, gambar yang berkualiti memainkan peranan yang penting dalam penghasilan wajah yang cantik.


 

Selepas selesai membuat model pemain, ianya harus di cuba untuk melihat hasilnya. Untuk pengetahuan, di EDIT mode dan ketika di padang, wajah pemain ini akan kelihatan agak berbeza. Ianya juga sama seperti pemain-pemain lain. Mungkin kualiti di EDIT mode dan di padang adalah berlainan yang mana telah di set kan oleh Konami itu sendiri.




Share:

Specifikasi PC untuk PES2018

Konami telah mengeluarkan specifikasi PC yang diperlukan untuk memboleh anda bermain PES2018 melalui twitter mereka semalam! Boleh lihat gambar dibawah.


Minimum spesifikasi yang diperlukan agak tinggi. 8gb ram adalah wajib untuk bermain PES2018! :) Lagi menarik edisi kali ini menyokong monitor 4K yang mana akan memberi kelebihan graphic yang lebih cantik. Anda juga perlukan sekurang kurangnya 30gb ruang kosong hard disk.

Nampaknya kita boleh agak bagaimana graphic dan gameplay PES2018 ni nanti.

Jika PC anda tidak menepati spesifikasi ini, tibalah masa anda untuk menaiktaraf PC anda. Tidak rugi kerana game-game masa kini memang memerlukan specifikasi yang tinggi. Ayuh! Marilah kita menabung dari sekarang :)
Share:

Ikuti Kami di FB

Beli PES2020 Original

Jumlah Pelawat

Ikuti Kami di Facebook
Powered by: MSL4PES